top
Statistics
  • Total Users: 28
  • Total Hits: 219,011
  • Total Visitors: 180,916
  • Total Photos: 509
  • Total Journal Entries: 43
  • Total Comments: 1
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 1
Main Menu
Sunday, September 05 2010
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 
Akhbar Tempatan


PENAFIAN
ZMZ tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami
kerana menggunakan maklumat
atau gambar-gambar
di dalam laman ini.

My Blog

Pages: << < 1 2 3 [4] 5 > >>
Posted by: Zaidi Md Zain - 24/03/08 @ 12:46AM

Cuba lagi next time.

Posted by: Zaidi Md Zain - 24/03/08 @ 12:44AM

Konsert 1 : Pelajar Masih GementarPada Konsert Akademi Fantasia 6 minggu pertama, rata-rata pengkritik tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan para pelajar. Apakah komen para pengkrtik kepada pelajar minggu ini?

RINA

Ning. Anda mempunyai suara yang sedap. Saya menunggu peningkatan pada  konsert akan datang.
Ajai. Anda mempunyai penekanan dan lontaran suara yang jelas dan lagu ini sesuai dengan kemampuan vokal anda. Tiada masalah pitching dalam nyanyian. Mungkin pengalaman banyak membantu. Interaksi dengan penonton baik.
Kak Ogy. Saya suka dengan keyakinan dan keberanian yang ditunjukkan. Tetapi tidak berasa teruja kerana tiada perasaan berahi ditunjukkan terhadap lagu.

ALIF

Ning. Anda berlu berhati-hati dengan tempo. Percaya diri untuk melepaskan suara
Ajai. Nyanyian anda menyebakan rasa mengantuk. Perlu lebih yakin di pentas dan perlu berjaga-jaga dengan stamina.
Kak Ogy. Anda kelihatan sungguh takut. Suatu persembahan yang sungguh membosankan. Emosi kosong.

LUFYA

Ning. Anda kelihatan sangat cantik dan mempunyai tone yang sedap. Saya dapat merasakan anda bercerita kepada penonton tetapi jangan terlalu gementar.
Ajai. Anda kurang memberi rasa pada lagu yang dinyanyikan. Pitching kedengaran teruk mungkin kerana terlalu gementar. Warnakan sedikit nyanyian dengan sedikit getaran.
Ogy. Bagusnya, anda suka berinteraksi dengan kamera  tetapi suara nampak letih.

NAIM

Ning. Tiada perasaan ketika melontarkan nota pertama. Kelihatan terlalu takut. Anda menyanyi seperti tiada perasaan. Perlu kerja lebih kuat
Ajai. Anda seperti syok sendiri. Nyanyian anda teruk
Kak Ogy. Nyanyian anda kosong. Anda seperti tidak melakukan apa-apa di atas pentas.

IKA

Ning. Anda perlu percaya pada suara sendiri. Nyanyian anda tidak mencukupi.
Ajai. Banyak perkara yang anda perlu belajar. Nyanyian anda sengau dan sngat teruk.
Kak Ogy. Penceritaan.melalui nyanyian anda tidak kesampaian. Elakkan memandang terlalu banyak ke bawah dan kurangkan pergerakan tangan

TOI

Ning. Persembahan yang menarik. Anda nampak bersahaja dan kelihatan sangat selesa di atas pentas
Ajai. Pilihan lagu tepat dengan jiwa. Karektor anda menghasilkan sebuah persembahan yang baik.
Kak Ogy. Persembahan yang menghiburkan, tetapi masih kabur dengan sebutan lirik. Saya suka dengan identiti dan tenaga yang ditunjukkan. Inilah sebuah persembahan yang jujur.

NADIA

Ning. Sebuah persembahan yang bagus. Penceritaan dalam nyanyian yang baik, Tidak nampak seperti nyanyian penyanyi asal.
Ajai. Inilah pelajar yang sepatotnya mendapat undian penonton.
Nadia. Persembahan yang bagus. Tetapi pada permulaan nyanyian, espresi  tidak selaras dengan lagu dan mata kelihatan tidak tentu arah.

RIZ

Ning. Persembahan yang baik. Pilihan lagu yang seusai. Suara merdu dan sedap didengar.
Ajai. Anda menjiwai lagu dengan baik. Anda  pandai mengubah melodi dan tidak terikut dengan nyanyian penyanyi asal
Kak Ogy. Anda nampak bersatu dengan lagu, yakin dan saya dapat merasai maksud lagu itu.

YANA

Ning. Permulaan nyanyian agak terabur. Anda perlu memahami lirik dan perlukan imiginasi pada lagu tersebut. Kemampuan vokal ada tetapi perlu lebih dikeluarkan
Ajai. Anda belum mesra dengan lagu tersebut. Anda perlu menggayakan lagi nyanyian. supaya jangan terlalu mendatar
Kak Ogy. Espresi tidak selaras dengan maksud lagu. Anda kelihatan tidak selesa di atas pentas.

NUBHAN

Ning. Saya suka dengan tone suara anda yang unik. Penghayatan yang baik.
Ajai. Seharusnya penghayatan perlu diberikan daripada awal.
Kak Ogy. Anda mempunyai suara yang gemersik.Elakkan daripada meletakkan tangan di dalam poket dan perlu mengawal perasaan takut.

STACY

Ning. Anda bermula dengan sangat yakin tetapi menurun sebaik memasuki korus. Suara sedap tetapi perlu memperbaiki lagi sebutan dalam nyanyian.
Ajai. Jika anda dapat mengekalkan suara ini, mungkin saya akan menjadi peminat suara anda.
Kak Ogy. Saya suka dengan keyakinan diri yang ditunjukkan. tetapi cara penceritaan dalam nyanyian seperti tidak kesampaian.. Terlalu banyak pergerakan.

FAISAL

Ning. Anda mempunyai masalah pitching. Lagu ini mempunyai banyak pesanan dan mesej tetapi tiada dalam penyampaian anda. Berikan lebih perhatian kepada pendengaran muzik.
Ajai. Anda perlu berhati-hati agar tidak menghidapi ‘tone deaf’
Kak ogy. Anda tidak memahami lirik lagu hingga tidak dapat menyampaikan mesej lagu ini.

SAIDA

Ning. Anda mempunyai suara yang besar tetapi perlu berjaga-jaga dengan pitching. Kelihatan sangat takut.
Ajai. Anda perlu berjaga-jaga dengan tempo. Perlukan lebih pengahayatan kepada lagu
Kak Ogy. Anda kelihatan sangat gementar. Emosi yang ditunjukkan tidak konsisten. Anda tidak perlu untuk berpaling-paling ketika menyanyi

STANLY

Ning. Kecil-kecil cili padi. Suara anda sangat cantik. Cuma perlu berhati-hati sedikit dengan pitching.
Ajai. Saya tahu anda boleh melakukan yang lebih baik. Anda mempunyai tone yang sedap tetapi kadangkala tidak jelas
Kak Ogy. Saya dapat merasai maksud lirik lagu dalam nyanyian anda . Inilah persembahan terbaik malam ini.

1. Alif - Sayang Sayang (Aliff Aziz)

2. Yana - Diriku Tapak Sulaiman (Elyana)

3. Toi - Pagi Yang Gelap (Hujan)

4. Nadia - Rindu (Hetty Koes Endang)

5. Saida - Terlalu Cinta (Rossa)

6. Rina - Simply The Best (Tina Turner)

7. Stacy - No One (Alicia Keys)

8. Lufya - Ingkar (Bunga Citra Lestari)

9. Naim - Memburu Rindu (Hattan)

10. Stanly - You Raise Me Up (Josh Groban)

11. Faisal - ‘Lagu Nasyid’(Rabbani)

12. Ika - Umbrella (Rihanna) —-> tukar lagu Kesetiaan (Siti Sarah)

13. Riz - Ketulusan Hati (Anuar Zain)

14. Nubhan - Ruang Rindu (Letto)

Persembahan Saida dari Operasi Badi Pentas di Pavilion
Posted by: Zaidi Md Zain - 17/03/08 @ 12:55AM

Alif, 22 Tahun, Pulau Pinang

Faisal, 21 Tahun, Kuala Lumpur

Naim, 20 Tahun, Perak

Nubhan, 22 Tahun, Negeri Sembilan

Riz, 22 Tahun, Perak

Stanly, 25 Tahun, Sarawak

Toi, 31 Tahun, Johor

Posted by: Zaidi Md Zain - 17/03/08 @ 12:53AM

Lufya, 23 Tahun, Johor

Saida, 32 Tahun, Pahang

Nadia, 18 Tahun, Kuala Lumpur

Ika, 19 Tahun, Pulau Pinang

Stacy, 18 Tahun, Sabah

Yana, 24 Tahun, Perak

Rina, 44 Tahun, Selangor

Posted by: Zaidi Md Zain - 05/01/08 @ 7:58AM
McLaren F1 - World Record 391 km-h on board camera

Video yang diambil dari dalam kereta yang sedang memandu uji kelajuan enjin McLaren F1. Yang menjadi tanda tanya disini ialah berapa jauhkah jarak jalan lurus litar ni?

video.mymost.org/watch.php

 Dari Sinar Mata - Konsert Reunion BPR (Karaoke)

Kalau siapa yang minat karaoke tu boleh la test karaoke secara online

Posted by: Zaidi Md Zain - 24/05/07 @ 2:50PM
"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.

Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat
tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.
Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau
apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe.....


(Sila scroll down...........)







BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN! KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANG
Posted by: Zaidi Md Zain - 24/05/07 @ 2:47PM
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.
Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi.

Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
Pages: << < 1 2 3 [4] 5 > >>

RSS 2.0