top
Statistics
  • Total Users: 28
  • Total Hits: 219,836
  • Total Visitors: 181,567
  • Total Photos: 509
  • Total Journal Entries: 43
  • Total Comments: 1
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 1
Main Menu
Wednesday, September 08 2010
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 
Akhbar Tempatan


PENAFIAN
ZMZ tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami
kerana menggunakan maklumat
atau gambar-gambar
di dalam laman ini.

My Blog

PADA 1997 masyarakat Britain dikejutkan dengan berita seorang budak perempuan berusia 12 tahun diterima masuk ke universiti terulung dunia - Oxford University United Kingdom. Budak itu - Sufiah Yusuf - seorang Islam mencatat sejarah dalam dunia pendidikan Britain kerana ditawarkan kursus Matematik di universiti itu.

Masyarakat Malaysia turut tumpang bangga dengan kejayaan itu kerana ibu Sufiah adalah anak Malaysia kelahiran Muar, Johor. Bapanya pula, berketurunan Pakistan. Sewaktu bertugas di London, saya berkesempatan bertemu dan menemubual Sufiah, ibu, bapa serta abang dan kakaknya. Sufiah seorang pendiam dan dilihat sebagai anak yang taat kepada ibu bapa mereka.

Dalam pertemuan itu, ayah dan ibu Sufiah, meminta bantuan saya bagaimana kerajaan Malaysia dapat membantu membiayai perbelanjaan pembelajaran Sufiah di Oxford.
Alhamdulillah, saya dapat pertemukan mereka dengan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia di London. Sufiah kemudian pulang ke Malaysia untuk urusan selanjutnya.

Beberapa tahun selepas itu, apabila pulang ke tanah air saya membaca berita mengenai kisah Sufiah. Kali ini, saya begitu terkejut dan sedih kerana Sufiah yang pernah saya dilihat dulu sudah berubah.

Sufiah dilaporkan lari daripada kolej. Hari ini (Ahad - 30 Mac 2008), perasaan saya terlalu hiba selepas membaca berita dalam laman web akhbar mingguan No 1 Britian - News Of The World - mengenai Sufiah.Apa yang mampu saya lakukan berdoa agar Sufiah kembali ke pangkal jalan.Inilah berita yang dimaksudkan...By Keith Gladdis.

RSS 2.0